Hi mate, how do you do? Eiiiy lamak dah aku sik berkarya. Walaupun aku dah ada wireless streamyx connection di desk ku tapi kerja pun semakin menimbun-nimbun menyebabkan masaku lebih banyak tertumpu kepada career, which make life less enjoyable (rajin dan dedikasi dalam kerjaya lah aku KONOKnya tek). Ditambah environment kerja yang dikelilingi insan-insan saintifik maka menyebabkan saraf kreatif bahagian perkaryaan blog ku tersumbat. Nasib bait ada geng-geng propah maka tetap berfungsi aktif saraf kreatif bahagian mengadu domba kerana kekerapan mencipta dan bertukar-tukar gosip-gosip sesedap rasa.
Tengah bulan tok kelak aku akan pergi ke Indon lagik.. ”WOW!! Interesting!” kata kebanyakan orang. ”Dapat nanggar negeri urang, berpeluang merasa masakan tempatan, dapat ncerik tooot exotik...” kata mereka lagi.
..Ngumpol duit claim, duit claim trip indon yang lepas-lepas pun masih belom kaco, dah menumpik-numpik dah dalam ASB, beranak-anak gik... tambah penggosip-penggosip itu sesedap biber suntikan kolagen, nak.
Hakikatnya betapa susah mok ngator trip international, oversea kedak ya. Dah lah operasi ala penyamun, ditambah lagi boss-boss yang kurang skill dalam membuat keputusan menyebabkan perancangan sering berubah-ubah. Target yang di set nang gila-gila segila urang yang menetapkan target ya juak sedangkan nya tahu trip tok underground dan penuh risiko (international, underground, risiko segala.. nok macam tok lah molah ku berangan-rangan, rasa macam sidak james bond, CIA jak nak... Kitak urang ado??). Nasib baitlah ada Agent KGB Bujang yang menjadi batu galas dan tetap sukor-sabar menerima arahan yang berjarut-marut dan melaksanakan tugas dengan penuh setia kepada negara.
Underground operasion?? Sik dapatlah aku mok bercerita besar panjang dalam blog tok kerana khuatir membocorkan rahsia syarikat dan kerajaan. Ujong ada dicarik sidak interpol kelak. Cukuplah sekadar aku madah yang operasi tok penuh risiko, sehinggakan agent-agent yang terlibat walaupun cukup profesional dan terlatih tetapi tetap takut dengan bayang-bayang sendiri sewaktu melaksanakan tugas. Asal jak nanggar plet moto merah (moto kerajaan indon) dan nanggar pegawai kerajaan yang beruniform (di indon ya cikgu pun beruniform), maka kamek urang akan seperti tikus yang mencari lubang. Nang rasa macam penchuri lah.. ataupun nang memang menchuri??
Nok madah agent-agent pro curi-curi masok sebagai pendatang haram, sik patut coz mek urang masok-keluar becop pasport identiti sebenar masing-masing nait belon adamair gik ya.
Nok madah kerja menchuri, sik juak coz hasil kerja adalah secara perniagaan jual beli menurut hukum syarak.
Mok madah nyeludup hasil kerja masok ke dalam negara, pun sik juak coz berpermit dan melalui authorities yang berwajib..
So, kenak tetap takut dan rasa bersalah?
...Mungkin ada unsur-unsur menipu dan korupsi yang menyebabkan aku rasa sik sedap ati jak... (sik boleh cerita panjang2 hal tok.. bahaya!!).
So, adakah aku pencuri, penyeludup, terlibat dalam rasuah, penjenayah antarabangsa.. walaupun operasi ya bak kata seorang ’ustaz’, sik salah dan untuk kebaikan sejagat,. macam Robin Hood jak nak?..
Takut ku, takut pekerjaan tok sik halal dan rezeki yang aku perolehi adalah rezeki haram. Cam ne lah klak mun operasi tok berjaya dan hasilnya berkembang maju sampe ke anak cucu cicit, tapi sekiranya betul jenayah yang aku lakukan, maka saham dosanya akan ku tanggung sampe bila-bila.
Camne aku mok madah dengan boss yang gila ya yang aku sik mok terlibat lagi dalam kerja penuh risiko tok (risiko ya best, tapi melibatkan perkara-perkara sik bermoral dan sik beretika yang menyebabkan aku sik rindok.. Epp!..macamlah aku bermoral gilak nak.. wahahaha...)
Camne aku mok meyakinkan boss bahawa bagus bersabar dan tunggu lah sampe operasi tok legalise baruk mek urang bekerja bermati-matian untuk negara, baruk berbaloi nak. MOU masih dalam perundingan tapi disebabkan napsu serakah golongan tertentu, maka camtok lah jadinya pekerjaan mek urang.
Camne mun aku carik kerja lain jak owh.. Jual kueh keripap kah.. or migrate KL kerja rah celebrety fitness jak kah.. nak.. nak...